Frog VLE

Pautan terus ke Tutorial VLE-Frog klik TUTORIAL


1Bestarinet VLE-Frog (SMK Pandan Indah)

1BestariNet adalah projek inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang dilaksanakan dengan kerjasama YTL Communications. Dalam projek ini, 10,000 sekolah di seluruh Malaysia akan dilengkapi akses Internet berkelajuan tinggi dan platform pembelajaran maya yang mengaplikasikan jaringan Internet berkelajuan tinggi.

Di bawah 1BestariNet, sekolah-sekolah akan dilengkapi dengan penyelesaian bersepadu yang membolehkan pengajaran, pembelajaran, kolaborasi dan pengurusan pentadbiran dijalankan di Internet menerusi Virtual Learning Environment (Frog VLE), yang boleh diakses di sekolah atau dimana-mana sahaja yang mempunyai capaian Internet.

Secara ringkasnya, guru menggunakan aplikasi (platform) ini untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan pentadbiran antara staf di sekolah. Berikut adalah langkah untuk login ke Frog:
  1. Buka web browser "Google Chrome"
  2. Taipkan "https://bea4616.1bestarinet.net" di ruangan "URL"
  3. Kemudian tekan "Enter" dan akan keluar "login page".
  4. Masukkan "Yes Id" dan "Password". Yes Id mesti berakhir dengan @yes.my manakala Password adalah No. Kad Pengenalan dengan dibuang 2 digit terakhir (Katakan 601020-03-2342 maka akan jadi: 6010200323). 
  5. Dah masukkan "Yes Id" dan "Password" tekan "Login". Bagi yang "First Time Login", perlu tick seperti dalam gambar di bawah:
  6. Dah siap. Sebarang pertanyaan boleh emelkan ke whazims@gmail.com atau tanya je kat sekolah.

1 comment:

  1. Sambungan tutorial sila klik sini. http://hazims.blogspot.com/search/label/vle-frog

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...