Wednesday, May 30, 2012

Sukatan Pelajaran Sains

Versi Bahasa Melayu
HSP Sains T1

PBS

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Konsep PBS
PBS merupakan pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi & rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik.

Bidang Akademik
Terdapat dua komponen pentaksiran dalam bidang ini iaitu Pentaksiran Pusat (PP) dan Pentaksiran Sekolah (PS). PP dirancang, dibina & dilapor oleh Lembaga Peperiksaan tetapi ditadbir, diperiksa dan direkod oleh sekolah. PS pula dirancang, dibina, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru di sekolah yang melibatkan murid, ibu bapa dan organisasi luar. PS dilaksana dalam bentuk pentaksiran formatif dan sumatif.

Bidang Bukan Akademik
Terdapat dua komponen pentaksiran dalam bidang ini iaitu Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi). PAJSK dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang kapasiti dan potensi jasmani, sukan, kokurikulum yang dikawal dan kokurikulum. PPsi dilaksanakan di sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan semula jadi, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid.

Sunday, December 18, 2011

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam

Assalamualaikum wbt...

Tidak sampai dua minggu kita akan bertemu tahun 2012. Bagi kakitangan awam di Malaysia ramai yang memperkatakan tentang sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan Oktober lepas. Artikel di bawah di ambil dari laman Kulanzsalleh bertarikh 8 Disember 2011 sebagai bacaan tambahan:


Gred Gaji & Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)


Meskipun ada maklum tentang Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA semasa Pembentangan Bajet 2012 lepas, tapi minat untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam agak kurang sebab kebelakangan ini saya lebih sibuk menguruskan kerja-kerja rasmi berbanding mengambil tahu tentang kenaikan gaji. Tambahan pula maklumat mengenainya masih kurang. Kalaupun ada perbincangan tentang SBPA di pejabat atau di kedai kopi, ia hanyalah secara informal.

Wednesday, June 1, 2011

Agama Itu Nasihat

Dari Abu Ruqayyah yaitu Tamin bin Aus ad-Dari r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. bersabda:
"Agama itu adalah merupakan nasihat.
Kita semua bertanya: "Untuk siapa?
Beliau s.a.w. menjawab: "Bagi Allah, bagi kitabNya, bagi rasulNya, bagi pemimpin-pemimpin kaum muslimin serta bagi segenap umumnya ummat Islam."
(Riwayat Muslim)

Keterangan:
Sendi pokok dan tiang utama dalam Agama Islam adalah nasihat. Kata "nasihat" itu meliputi seluruh makna dan pengertian yang tujuannya adalah untuk mendapatkan kebahagiaan bagi orang yang dinasihati.

Sunday, November 28, 2010

GENG SUNNAH, HADITH, TAJDID...

KALAU BETUL ANDA GENG SUNNAH, HADITH, TAJDID...

Al kisahnya terdapat sekumpulan yang sentiasa mewar-warkan mereka ialah 'geng sunnah, salafi, pro sunnah, geng hadith, tajdid dll'. Jumlahnya tidak ramai pun. Saya sebagai seorang kenalan ingin menasihati dan memberi saranan kepada mereka - disebabkan mereka tidak habis-habis menggelarkan diri sebagai pendokong sunnah atau hadith - semoga mereka mendengar.

Saranan saya ialah: 

KALAU BETUL-BETUL MENGAKU MEMBELA SUNNAH DAN HADITH...

1- Tumpukan kepada mempelajari ilmu asas hadith terlebih dahulu - sama ada dinamakan Mustolah Hadith, Usul Hadith dan sebagainya - agar dapat memahami dengan lebih jelas. Jangan terus melompat tetapi gunakan tangga-tangga ilmu dalam bidang ini.

Friday, November 26, 2010

Bangunkan Sains Dalam Acuan Islam

Bangunkan Sains Dalam Acuan Islam : Prof Dato’ Dr. Mohd Yusof Hj. Othman

Oleh: Aqil Fitri

Agama dan sains, adalah dua wilayah yang berbeza. Dalam sejarah Barat, lebih-lebih lagi ketika Zaman Renaisans, hubungan antara agama dengan sains mula dibangkit serta dipersoalkan ekoran daripada beberapa penemuan sains yang bersifat menggemparkan seperti perubahan kedudukan bumi dari geosentrik kepada heliosentrik. Dan, dari penemuan inilah antara dampak yang melahirkan istilah revolusi sains itu.

Kemudian, apabila Barat mula memasuki Zaman Pencerahan (Enlightenment) hubungan antara agama dengan sains mula memuncak hinggakan berkumandangkan suara Laplace yang menganjurkan faham tentuismenya itu (determinism). Akhirnya, hubungan antara agama dan sains, dalam pengalaman Barat memang tidak pernah aman, meskipun vakuum agama sudah mula dirasai oleh komuniti sains mereka dewasa ini.

Sebaliknya, dalam Tamadun Islam, iaitu ketika belahan Barat masih lena lagi, hubungan antara agama dan sains berlangsung dengan suasana yang cukup harmonis dan murni sekali. Tidak pernah ada peristiwa dimana ilmuan Islam yang dibakar hidup-hidup seperti Giordano Bruno atau dipenjarakan seperti Galileo Galilei.

Monday, November 8, 2010

Berakhir Sebuah Permulaan

Bismillahirrahmanirrahim...

Bermula awal Julai lepas sehingga awal November penulis berkelana di Tg Malim sebagai seorang pembantu penyelidik. Tiadalah pekerjaan ni sehebat pekerjaan lain namun pengalaman itu lebih bernilai. Kadangkala kita belajar hanya melalui pengalaman. Teori2 dalam buku tidak dapat diaplikasikan sebaiknya jika tidak dilanjutkan dengan perbuatan. 

Buktinya penulis sendiri mengalami situasi seperti ini. Tahun lepas semasa menjalankan projek tahun akhir (tesis) penulis tidak begitu memahami dengan baik kaedah-kaedah untuk menjalankan kajian. Boleh jadi kerana kurang pembacaan atau kurang faham subjek. Selepas beberapa ketika bekerja, alhamdulillah banyak yang dapat diketahui tanpa perlu ke kelas. Sesungguhnya sangat luas ilmu kajian itu.