Saturday, February 6, 2010

Permulaan Yang Kesekian Kali

Assalamualaikum warohmatullahi wabarakatuh...

Blog ini entah yang keberapa kali aku register. Bukan saja nak register baru tapi yang sebelum ni ada sedikit masalah teknikal menyebabkan aku tak dapat nak post entri baru. Tapi setelah lama fikir, aku buat keputusan untuk register kat blogspot ni. Di awal pembabitan dalam dunia blogging ni dulu, blogspot inilah yang paling banyak aku explore. Tapi tu dulu, banyak skill blogspot ni dah tak ingat. Mungkin kena cari balik ilmu-ilmu tu.
Walaubagaimanapun, alhamdulillah dapat juga berblogging untuk kesekian kali. Entri-entri yang lepas dah takde dah. Kena tulis balik la nampaknya. Untuk menulis blog bukanlah suatu yang susah dan bukan juga suatu yang senang. Ia bergantung kepada pemilik blog itu bagaimana untuk menguruskan blog tersebut. Aku seperti sesetengah orang, kadang-kadang semangat untuk menulis blog tinggi menggunung tapi pada masa yang lain rendah seperti tanah rata.


Aku tinggalkan dulu cerita tentang blog ni. Mungkin di lain waktu boleh sambung lagi. Inginku berkongsi sedikit kisah mengenai sekolah tempat aku praktikal. Sekolah yang diberi nama SMK Raja Muda Musa Kuala Kangsar adalah sebuah sekolah yang sederhana. Tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Sedang-sedang. Baru tiga minggu di sini masih banyak lagi yang perlu dipelajari terutama untuk menyampaikan isi pelajaran kepada pelajar-pelajar dan memperbaiki diri sendiri ke arah yang lebih baik.


Bergaul dengan pelajar amat memerlukan kesabaran terutama kelas-kelas yang dikategorikan sebagai kelas-kelas belakang. Pada pendapatku, kelas-kelas seperti ini amat memerlukan perhatian yang lebih. Jangan hanya diberikan kepada kelas-kelas yang dikategorikan sebagai pandai sahaja kerana mereka juga akan keluar sebagai manusia yang akan membawa diri.


Sekadar itu dulu untuk entri yang pertama ni. Akan bersambung lagi pada masa akan datang. InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...