Tuesday, February 9, 2010

SMK Raja Muda Musa

Assalamulaikum wbt...

SMK Raja Muda Musa tempat aku memulakan langkah sebagai bakal guru. Sudah tiga minggu lebih bertapak di sekolah ini, masih banyak yang perlu ditingkatkan dan diperbaiki. Pertama kali datang melawat sekolah ini akhir tahun lepas, aku tidak ada apa-apa perasaan melainkan untuk melengkapkan tempoh pengajianku sebagai guru praktikal di sini. Buat masa ini aku diberikan amanah untuk mengajar subjek Sains bagi tingkatan dua dan empat. Dua minggu pertama adalah Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) amat membantu untuk membiasakan diri dengan suasana sekolah. Tidaklah terlalu merasa kabur dan bingung sewaktu pertama kali mengajar minggu lepas walaupun kebingungan tu ada sikit2. Maklumla ibarat binatang yang sentiasa bebas tiba2 dikurung.


Dulu pernah aku dengar cerita daripada pelajar-pelajar senior yang mengatakan guru praktikal selalu dibuli oleh guru-guru lama tapi di sekolah ini tidak pula berlaku perkara sebegitu. Guru di sini begitu baik dari segi menghormati orang baru. Selagi mana aku pegang qaul ni "Kita nak orang hormat kita, kita dulu mesti hormat orang", aku rasa InsyaAllah diri akan sentiasa dihormati. Jika orang tak menghormati kita, mungkin ada sesuatu telah kita lakukan tanpa disedari. Justeru, self-reflection perlulah dilakukan.

Begitu juga dengan pengetua. Pada pendapatku, pengetua seorang yang profesional dalam tugasnya. Setiap orang itu berbeza pendapatnya dan perlulah berlapang dada dalam perbezaan pendapat masing-masing. Begitu juga dengan beberapa guru pembimbing iaitu Pn Hjh Nuraliza, Tn Syed Hashim dan Cik Nurul Aini serta guru lain yang terlibat secara tidak langsung dalam membimbing. Walaupun kelas mereka di ambil alih oleh bakal guru yang tidak mempunyai pengalaman tapi masih membantuku.

InsyaAllah dalam beberapa bulan di sekolah ni, akan ku cuba sebaik mungkin untuk menimba ilmu daripada guru-guru dan pelajar-pelajar untuk bekalan di masa hadapan. Dalam menempuh kehidupan ni sudah pasti pelbagai dugaan akan ditempuhi antaranya hilang kesabaran dengan pelajar, beban tugas sampingan, nak sentiasa selesa dan sebaganinya. Seperti biasa jawapan kepada dugaan ini bergantung kepada diri sendiri. Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari dari dugaan @ masalah, apa yang perlu adalah bagaimana kita menghadapi dan menyelesaikan perkara tersebut. Ramai yang kecundang namun ramai juga yang berjaya.

Wallahu a'lam.

*To success is easier than to fail - Fadzilah Kamsah.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...