Sunday, May 2, 2010

Topik 10: Revision Kata Kerja (Fi'il)

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada topik yang lalu kita sudah melihat pembahagian jenis kata kerja dalam bahasa Arab iaitu hanya terbahagi kepada DUA jenis: Kata Kerja Sedang (KKS) dan Kata Kerja Lampau (KKL). Perhatikan surah Al-Baqarah ayat 3:



Dalam ayat ini kita temui 3 KKS dan 1 KKL. Yang mana itu? InsyaAllah anda sudah tahu bukan? Ulang kembali:
Bentuk sedang
يؤمنون – yu’ minuu-na (lihat ada tambahan يــ di awal kata) – mereka sedang beriman
يقيمون – yu qii-muu-na (lihat ada tambahan يــ di awal kata) – mereka sedang mendirikan (sholat)
ينفقون – yun fi-quuna (lihat ada tambahan يــ di awal kata) – mereka sedang berinfaq


Bentuk lampau
رزقناهم -- asalnya adalah رزق – ro-za-qo (ertinya rezekikan) lalu mendapat akhiran نا (ertinya kami (telah)) dan هم (ertinya kepada mereka). Jadi Razaqnaahum ertinya (yang kami telah rezekikan kepada mereka).

Fokus topik kali ini adalah untuk menjelaskan kaedah samada kata kerja itu termasuk KKS atau KKL. Perhatikan contoh di atas sekali lagi. Sebelum tu, kita lihat satu contoh dulu:



Untuk KKS selalunya ada tambahan di awal kata kerjanya. Lihat contoh di atas. Kata asalnya adalah كتب - kataba. Untuk membentuk Kata Kerja Sedang (KKS), tambahan huruf sebelum كتب - yang biasa (sering muncul di Al-Quran) adalah أ, ت, يـ, يـ..ون . Jadi apabila bertemu kata-kata tambahan tersebut dengan suatu kata kerja, maka boleh dikatakan maksud kata kerja tersebut adalah Kata Kerja Sedang (KKS).

Hal itu dapat diringkaskan dalam rumus berikut:


Diharap pembaca dapat memahami teknik membezakan KKS dan KKL. Sebelum menutup topik ini, satu soalan ingin dikemukakan. Berapakah Fi'il dalam ayat 4 di bawah ini?



Kalau jawapan anda 4, maka kita boleh sambung ke topik berikutnya InsyaAllah iaitu mengenai Kata Kerja Pasif. Lihat pada ayat 4 di atas kata أنزل - unzila, adalah Kata Kerja Pasif (ertinya diturunkan), kerana dia KKL (fi'il madhy), maka lebih tepat ertinya "telah diturunkan". Bagaimana ciri-ciri KKL Pasif? InsyaAllah akan kita bahaskan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...