Sunday, July 11, 2010

Penciptaan Alam Semesta


Asal usul alam semesta dijelaskan dalam Al-Quran sebagaimana ayat berikut:
"Dialah yang menciptakan langit dan bumi..." [Al-An'am 6:101] 

Maklumat yang terdapat dalam Al-Qur'an adalah selari dengan penemuan ilmu  sains semasa. Kesimpulan yang didapati oleh ahli astrofizik hari ini adalah bahawa seluruh alam semesta, beserta dimensi unsur dan waktu, terjadi sebagai hasil daripada sebuah ledakan besar yang terjadi dalam waktu yang singkat. Kejadian ini, dikenali sebagai "The Big Bang" membuktikan bahawa alam semesta diciptakan daripada tiada sebagai hasil dari ledakan satu titik tunggal. Kalangan ilmiah moden bersetuju bahawa Big Bang adalah satu-satunya penjelasan rasional dan dapat dibuktikan daripada awal alam semesta dan bagaimana alam semesta muncul menjadi ada. 


Sebelum Big Bang, tidak ada benda yang disebut sebagai unsur. Daripada keadaan tiada, di mana unsur mahupun tenaga, bahkan waktu yang ada dan yang hanya mampu dijelaskan secara metafizik, zat, tenaga dan waktu itu semua diciptakan. Fakta ini baru ditemui oleh kajian fizik moden, namun telah diberitahu kepada kita dalam Al-Quran 1400 tahun yang lalu. 

Sensor yang sensitif pada papan satelit COBE (Cosmic Background Explorer) yang dilancarkan oleh NASA (National Aeronautics and Space Administration) pada tahun 1992, mengutip saki baki pembuktian daripada Big Bang. Penemuan ini menjadi bukti bahawa Big Bang merupakan penjelasan ilmiah ke atas fakta alam semesta diciptakan daripada tiada.

Pengembangan Alam Semesta

Dalam Al Qur'an, yang diturunkan 14 abad yang lalu iaitu pada zaman ilmu astronomi masih belum maju, perluasan alam semesta digambarkan seperti ini: 

"Dan Kami yang telah membangun langit dengan kekuasaan, dan sesungguhnya benar-benar Kami yang meluaskannya." [Al-Dzariyat 51:47]

Perkataan "langit", sebagaimana dinyatakan dalam ayat ini, digunakan di pelbagai tempat dalam Al-Quran dengan maksud ruang dan alam semesta. Di sini sekali lagi, perkataan tersebut digunakan dengan maksud ini. Dengan kata lain, dalam Al Quran itu merungkaikan bahawa alam semesta "mengembang". Dan ini adalah kesimpulan daripada pencapaian ilmu sains hari ini.

Sehingga awal abad ke-20, pandangan dalam ilmu sains hanya berkisar kepada "alam semesta memiliki sifat yang konstan dan telah ada sejak waktu yang tidak terbatas". Walaubagaimanapun,  melalui kajian, pemerhatian dan perhitungan yang dilakukan dengan teknologi moden telah memperlihatkan bahawa sebenarnya alam semesta memiliki awal dan terus-menerus "mengembang" (constantly “expands”). 

Pada permulaan abad ke-20, ahli fizik Russia Alexander Friedmann dan ahli kosmologi Belgium Georges Lemaitre membuat perkiraan secara teori bahawa alam semesta sentiasa bergerak dan berkembang. Fakta ini juga dibuktikan melalui pemerhatian data pada tahun 1929. Semasa memerhati langit dengan teleskop, Edwin Hubble, astronomi Amerika, menemukan bahawa bintang-bintang dan galaksi terus bergerak saling menjauhi antara satu sama lain. 

Sebuah alam semesta yang mana segala sesuatunya terus bergerak menjauhi dari segala sesuatu yang lain tersirat sebagai satu pengembangan alam semesta terus-menerus. Pemerhatian yang dilakukan pada tahun-tahun berikutnya menunjukkan bahawa alam semesta terus berkembang. Fakta ini telah dijelaskan dalam Al-Quran ketika sesiapapun belum mengetahuinya. Ini kerana Al-Quran adalah firman Allah Maha Pencipta dan Penjaga seluruh alam semesta. 

Sumber dari The Creation of Universe & The Expanding of The Universe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...