Wednesday, January 7, 2015

Almanak Astronomi 2015 - Pengenalan

Assalam...


Jutaan terima kasih kepada pemilik laman web falakonline kerana membenarkan almanak astronomi 2015 disebarluaskan untuk panduan kepada penduduk di Malaysia. Sesungguhnya setiap usaha beliau dan pasukannya kita hargai dengan menggunakan dan memerhati apa yang berada di atas sana. Saya di dalam blog ini akan memecahkan setiap fenomena dengan berpandukan dari ruangan ini kepada juzuk-juzuk kecil. 


Dengan kata lain, setiap bulan saya akan cuba pecahkan kepada dua bahagian iaitu 1 - 15 haribulan dan 16 - 31 haribulan. Mudah-mudahan dengan pengecilan ini, kita akan lebih fokus kepada setiap apa yang berlaku yang diciptakan olehNya untuk manusia memerhati. Saya juga akan cuba untuk memasukkan gambar-gambar berkaitan dengan fenomena dan mendapatkan sumber yang paling sahih.

Sepatutnya penulisan ini bermula 1 haribulan Januari namun kerana sedikit masalah maka saya bermula agak lambat iaitu setelah 1 minggu Januari berlalu. Kita sama-sama doakan semoga diberi lebih kefahaman untuk memerhati kejadian alam ciptaanNya.

Terima kasih.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...