Thursday, March 4, 2010

Kali Pertama

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah hari ini adalah kali pertama aku di'observe' oleh pensyarah penyelia. Sebagai manusia biasa yang normal, awal2 sebelum masuk kelas ada sedikit rasa gementar. Kadang-kadang terfikir gementar sebab apa walhal sudah beberapa kali mengajar kelas tersebut. Kelas yang diajar hari ni adalah pelajar tingkatan 2 kelas hujung sekali. Lumrah orang kita apabila kelas hujung banyak tanggapan kurang baik dapat aku dengar. Sebelum ini pun pernah dinasihati oleh senior-senior apabila masuk kelas mesti garang. 

Aku teringat zaman persekolahan dulu, jika guru garang dengan pelajar sudah pasti tidak akan disukai. Jika nak dibandingkan umur mereka dengan aku, rasa2 mereka masih lagi bersih jiwanya. Buat apa nak marah jika mereka melakukan kesilapan. Aku juga pernah melakukan kesilapan waktu sekolah dulu, mungkin perkara tu kembali kepada diri sendiri balik. Jalan yang terbaik adalah bersabar dan terus memberi motivati supaya terus belajar.

"Membuat kesilapan adalah sebahagian daripada pembelajaran". Jika setiap kali mereka buat kesalahan terus dimarahi dan dimaki, agaknya di mana peluang mereka untuk membetulkan diri. Memang tidak dinafikan, kadang-kadang emosi menguasai diri seterusnya menyebabkan kita bertindak tanpa berfikir panjang. Dalam hati berharap agar pelajar tersebut dapat berubah dengan segera.

Berbalik kepada cerita di'observe', aku sangat gembira kerana telah di'observe'. Banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan lagi. Antaranya komunikasi dan pendekatan mengajar. Nak kuasai kandungan pelajaran mungkin kebanyakan orang boleh baca tapi nak menyampaikan kandungan tersebut memerlukan kemahiran. Apa-apa pun aku sangat berterima kasih kepada pensyarah penyelia Dr Norhayati kerana datang dari jauh untuk 'observe'.

Wassalam...

4 comments:

  1. Setuju dengan Hazim.Pelajar kelas hujung pun mengharapkan ilmu,tak dapat banyak sedikit pun jadi...teruskan niat suci menjadi guru yang mendidik bukan sekadar mengajar.Doa sentiasa mengiringi setiap amal buat kita...InsyaAllah berjaya hendaknya.

    ReplyDelete
  2. Have faith in Allah. I know you can do your best. Students are our 'responsibility', our 'amanah'. Transmit and deliver the knowlegde with full effort sincerely because of Allah. Keep moving young Muslim. May Allah bless your determination to be a good Muallim=)

    ReplyDelete
  3. Thanks for the comments. Kita semua adalah pendidik.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...