Wednesday, March 10, 2010

Marah atau Tegas?

Dalam Kelas

"Cikgu, cikgu marah la mereka,". kata seorang pelajar yang duduk di depan dalam kelasku merujuk kepada beberapa sahabatnya yang tidak menumpukan perhatian.
"Tak mahu la saya,". aku membalasnya. 

Begitulah situasi dalam kelas tingkatan empat yang aku ajar seminggu yang lalu. Kadang-kadang beberapa orang pelajar tidak menumpukan perhatian semasa sesi P&P sedang berlangsung menyebabkan gangguan kepada pelajar lain. Jika sebulan yang lalu awal-awal aku mengambil alih kelas ini, tidak dinafikan aku akan terus marah dengan suara yang tinggi. Sampai satu kali tu, pembantu makmal datang jenguk ingat ada pergaduhan.

Hakikatnya
Tapi sekarang ni, mengikut pemerhatian aku jika selalu mengherdik dengan suara yang tinggi pun tidak banyak membantu pelajar-pelajar ini menumpukan perhatian. Seperti mana aku tidak suka diherdik begitu juga aku tidak suka mengherdik. Cuma sekali sekala perlu menaikkan suara. Kalau tengok kepada  beberapa pelajar yang rajin dalam kelas, mereka tak perlu diberitahu supaya menumpukan perhatian kerana dengan sendirinya mereka akan menumpukan perhatian.

Ini menunjukkan tahap pemikiran pelajar terhadap pentingnya pelajaran yang diajar membuatkan mereka dengan sendirinya menumpukan perhatian. Bagiku jika marah kerana kedegilan pelajar untuk menumpukan perhatian menunjukkan kita sendiri sudah gagal mengawal diri. Biarlah pelajar diam kerana menghormati kita, bukan pelajar diam kerana takutkan kita.

Ini kerana jika diam hanya disebabkan takutkan kita, hubungan antara guru dan pelajar juga tidak berjalan dengan baik. Pelajar tetap akan bising dibelakang kita nanti. Biarpun  tidak berapa berjaya dalam pelajaran, akhlak pelajar perlu juga diambil kira. Tugas guru bukan sahaja mengajar akademik tetapi pada masa yang sama mendidik akhlak pelajar. 

Satu perkara yang aku selalu fikir, adakah aku cukup baik dan bagus untuk mendidik akhlak pelajar-pelajarku. Walaubagaimanapun, jika kita tidak cuba mengubah diri sampai bila-bila pun diri tidak akan berubah. Beberapa perkara yang aku tengah fikir untuk dicuba kepada pelajar-pelajarku antaranya:
  • Mengawal kelas yang bising tanpa menggunakan suara yang tinggi.
  • Memotivasikan diri untuk memotivasikan pelajar.
  • Memperbaiki diri untuk membaiki akhlak pelajar.
  • Berterusan (istiqomah) dalam melakukan semua ini.
Mungkin ini hanya sebahagian kecil daripada sekalian banyak aspek yang perlu diperbaiki.Teringat satu ayat pernah aku tulih kat papan putih dalam kelas sebagai semangat kepada para pelajarku.

"..Alangkah BODOHNYA mereka itu, yang mempunyai MATA tapi tidak mahu MELIHAT, yang mempunyai TELINGA tapi tidak mahu MENDENGAR dan yang mempunyai HATI tapi tidak mahu FAHAM..."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...