Friday, April 30, 2010

Sikap Kita

Sudah beberapa waktu tidak menulis di blog ini. Apabila lama tidak menulis terasa nak menulis tapi bila nak menulis tidak tahu pula apa yang ingin ditulis. Kadang kala idea tu datang sewaktu tidak berada di hadapan laptop. Maka keinginan untuk menulis tenggelam begitu je. Sebaliknya apabila 'online' idea-idea yang sesetengah bagus untuk dikongsi hilang entah ke mana. 

Mungkin kali ni ada sedikit perkongsian yang mana mungkin boleh dikongsi bersama iaitu tentang sikap kita. Sikap kita dengan diri sendiri, sikap kita dengan kawan, sikap kita dengan ahli keluarga, sikap kita dengan orang sekeliling dan yang paling penting sikap kita dengan ALLAH. Semua ini tiada dalam peperiksaan namun sikap ini mencerminkan perwatakan seseorang itu samada matang atau sebaliknya.

Latihan Mengajar
Pengalaman menjalani Latihan Mengajar selama 14 minggu (kini tinggal 2 minggu lagi) banyak mengajar aku tentang sikap manusia. Di sekolah sahaja ada pelbagai sikap dan ragam pelajar-pelajar, guru-guru, pekerja kantin, tukang kebun dan staf sokongan. Sudah tentu setiap daripada mereka mempunyai sikap yang berbeza-beza. Begitulah hebatnya ciptaan Tuhan Semesta Alam. 

Dua kelas yang aku ajar tingkatan 4 dan 2 sudah cukup menunjukkan kepelbagaian sikap ini. Ada yang tak suka duduk diam, ada yang tak mahu belajar, ada yang sangat berminat untuk belajar, ada yang suka mengacau kawan dan pelbagai lagi sikap yang mana memerlukan kajian untuk mendalaminya. Teringat kepada seorang pelajar India kelas aku, dia tak bising tapi sikapnya yang malas membuatkan kadang2 rasa nak marah. Kalau disuruh menulis laju je tapi kalau membaca nak sebut pun tak boleh. Macam2 lagi kalau nak dicerita memang tak habis. Cukupla dijadikan motivasi supaya dapat memperbaiki diri lagi.

Itu sikap pelajar. Lain pula sikap gurunya. Ada sesetengah guru terus menyalahkan pelajarnya apabila pelajar tersebut melakukan kesalahan dengan mengeluarkan perkataan yang tak sepatutnya. Ada pula guru yang menggunakan pendekatan lembut dengan menasihati dan terus menasihati. Dan pelbagai lagi kaedah yang digunakan guru mengikut keadaan dan juga sikap guru tersebut. 

Pendekatan yang aku lakukan sekarang adalah dengan menasihati terlebih dahulu. Jika tiada kesan, barulah guna cara kedua. Cara kedua ini berbeza mengikut tahap pemikiran pelajar. Satu kaedah sahaja sudah tentu tidak sesuai untuk banyak sikap. Yang paling penting sesekali jangan bertindak semata-mata untuk memuaskan hati sendiri kerana untuk memuaskan hati sendiri amatlah sukar. 

Tiada Harapan
Kadang-kadang sesetengah guru terus cakap kepada pelajar sudah tiada harapan untuk jadi baik kerana sikapnya yang buruk. Kepada guru-guru ini mungkin mereka boleh merenung kisah Umar r.a yang mana sebelum Islam beliau sangat bermusuhan dengan Nabi s.a.w. Begitu juga dengan kisah Abu Sufian. Mungkin aku 'orang muda' yang sangat mentah dalam dunia pendidikan untuk menceritakan perkara ini namun tidak semestinya orang muda tu semuanya tak betul. 

Sebaik-baiknya, marilah kita menilai diri sendiri sebelum menilai orang lain. Sikap terburu-buru ini kadang kala boleh membawa padah. Tetapi, jangan sesekali kita lupa sebagai manusia biasa kesilapan memang sentiasa dilakukan. Apabila nampak kesilapan orang lain, bagaimanakah sikap kita? Adakah mencemuh dan menyebarkan kepada orang lain mengatakan itu dan ini? Atau mendatangi orang itu dan memberi nasihat? Saling menasihati merupakan suatu perkara yang sangat baik untuk melahirkan masyarakat yang baik. Namun, perkara yang baik ini memang suatu yang sukar untuk dilaksanakan.

Biasakanlah diri memberi nasihat. InsyaALLAH diri kita juga akan dinasihati. Jika ingin menerima, kita dahulu perlu memberi. Jika kita ingin mendapatkan kejayaan, kita dahulu perlu mengeluarkan usaha. Pokoknya, semua ini bergantung kepada diri sendiri. Orang lain tidak mampu untuk mengubah diri sendiri jika kita tidak ada usaha untuk mengubahnya. Berdoalah supaya sentiasa diberi petunjuk. 

"Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri"

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...