Sunday, May 16, 2010

Selamat Hari Guru

Pada tanggal 16 Mei setiap tahun pasti rakyat Malaysia akan menyambut Hari Guru. Hari untuk menghargai jasa-jasa guru yang banyak berkorban untuk mengajar dan mendidik anak bangsa. Hakikatnya adakah jasa guru hanya perlu dihargai pada tarikh 16 Mei sahaja. Sudah tentu tidak. 

Walaupun semasa sekolah menengah dulu, seingat aku tidaklah pernah aku menyambut hari guru apatah lagi untuk mengucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada guru yang mengajar. Namun, penghargaan tetap tersemat dalam diri sendiri terhadap guru yang mengajar. Ada timbul sedikit kerugian kerana tidak belajar bersungguh-sungguh sewaktu peluang sudah terbukan luas dulu. Namun, mustahil untuk kembali ke masa lampau untuk mengulangi balik sedikit kesilapan itu. Apa yang pasti, mulakan balik apa yang tertinggal.


Petang ini satu persoalan bermain dalam fikiran, adakah guru itu hanya guru di sekolah sahaja? Bagaimana pula dengan guru yang mengajar kita di rumah sebelum melangkah ke alam persekolahan? Adakah kita hanya melebihkan sambutan Hari Guru itu sendiri daripada memikirkan penghayatannya? Bagiku, semua yang mengajar samada dalam bilik darjah atau di rumah atau di tepi jalan dipanggil guru. Tapi disebabkan lebih banyak masa kita dihabiskan di sekolah dan Hari Guru itu sendiri dibuat untuk tujuan itu, maka dengan sendirinya fikiran kita akan tertumpu kepada guru-guru di sekolah.

Tidak berapa lama lagi (mungkin lama juga), InsyaAllah aku juga akan bergelar seorang guru. Sebelum ni dah bergelar guru praktikum. Apa-apa pun, tak kiralah guru di sekolah atau di mana-mana sahaja, kita perlulah menghormati mereka selayaknya. Tidak berlebihan dan tidak berkurangan. Dalam kelas contohnya, salah satu cara untuk menghormati guru adalah dengan mendengar apa yang di ajar. Nampak senang tapi setakat aku menjalani Latihan Mengajar yang ni nampak sangat susah untuk dilakukan oleh kebanyakan pelajar sekarang. 

Sekian. Wallahu a'lam.

"SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA SEMUA GURU"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...