Sunday, December 18, 2011

Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam

Assalamualaikum wbt...

Tidak sampai dua minggu kita akan bertemu tahun 2012. Bagi kakitangan awam di Malaysia ramai yang memperkatakan tentang sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diperkenalkan Oktober lepas. Artikel di bawah di ambil dari laman Kulanzsalleh bertarikh 8 Disember 2011 sebagai bacaan tambahan:


Gred Gaji & Pekeliling Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)


Meskipun ada maklum tentang Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA semasa Pembentangan Bajet 2012 lepas, tapi minat untuk mengetahuinya dengan lebih mendalam agak kurang sebab kebelakangan ini saya lebih sibuk menguruskan kerja-kerja rasmi berbanding mengambil tahu tentang kenaikan gaji. Tambahan pula maklumat mengenainya masih kurang. Kalaupun ada perbincangan tentang SBPA di pejabat atau di kedai kopi, ia hanyalah secara informal.


Selepas lebih kurang 2 bulan SBPA diumumkan, baru kali ini saya membaca informasi yang lebih mengenainya. Itu pun selepas seorang rakan pejabat hadir ke taklimat ringkas SBPA Isnin lepas dan apabila SBPA sekali lagi jadi topik hangat yang dibangkitkan dalam bengkel 3 hari yang saya sedang hadiri sekarang ini. Bengkel Siri ke-III yang diadakan khusus bagi mengemaskini dan menyelaras maklumat kakitangan supaya tiada maklumat yang tercicir semasa tawaran opsyen SBPA dan Opsyen Persaraan 60 Tahun dilaksanakan kelak. Kami difahamkan yang pengumpulan maklumat untuk tawaran opsyen tadi akan dibuat elektronik (e-SBPA). Maknanya , walaupun kerja kali ini nampaknya agak santai, tapi impaknya sangat besar, jadi kenalah buat sungguh-sungguh.

Jadi alang-alang mendapat maklumat tentang sistem baharu ini, elok juga kalau saya kongsikan sedikit maklumat ringkas mengenainya. Moga ada maklumat yang dapat memberi manfaat kepada rakan yang lain.

Tawaran Opsyen SBPA
Diberi kepada semua pegawai tetap yang berada dalam perkhidmatan atau Jawatan pada 1 Januari 2012 (JKK 1976, SSB, SSM) termasuk:
  • Pegawai yang berada dalam tempoh percubaan;
  • Pegawai bertaraf tetap yang belum disabit tindakan tatatertib;
  • Pegawai yang sedang bercuti dalam keadaan berikut :
  • Cuti Tanpa Gaji
  • Cuti Separuh Gaji
  • Cuti Sakit
  • Kursus Jangka Pendek
  • Cuti Belajar
  • Cuti Bersalin
  • Pegawai yang dipinjamkan; dan
  • Pegawai yang masih berkhidmat pada 1 Januari 2012.
  • Pegawai di dalam jawatan kumpulan
Pegawai yang tidak boleh ditawarkan opsyen adalah seperti berikut:
  • Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT)
  • Guru Sandaran Terlatih (GST)
  • Guru/Pegawai/Kakitangan Kontrak (kecuali kontrak berskim – rujuk syarat)
  • Pegawai yang telah dibuang kerja berkuatkuasa sebelum atau pada 1.1.2012
Pemilihan Opsyen yang dibuat adalah muktamad. Tempoh Penawaran secara umum bagi pemilihan Opsyen akan dibuat selama 15 hari (16 – 30 Disember 2011). Bagi mengelakkan kelewatan penerimaan opsyen, semua penjawat awam diminta untuk menghubungi majikan masing-masing semasa tempoh penawaran tersebut. (Sebarang pindahan/perubahan akan dimaklumkan).

Pemindahan Gred Gaji Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)
Berikut adalah pemindahan gred gaji daripada Sistem Saraan Malaysia (SSM) ke SBPA bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional, serta kumpulan pelaksana berkelayakan Diploma.




Maklumat jadual pemindahan gred untuk lain-lain kumpulan boleh diperoleh terus di laman/portal Jabatan Perkidmatan Awam (JPA) atau seperti yang disenaraikan di bawah.

Sifir/Tangga Gaji SBPA
Berdasarkan semakan saya di portal JPA belum ada Sifir Gaji SBPA untuk semua gred yang rasmi dikeluarkan. Jadi kenalah tunggu hebahan rasmi tentangnya. Cuma makluman awal hanya menyebut yang tangga gaji SBPA hanya sebaris sahaja, tiada lagi P1, P2 atau P3 seperti sebelum ini, yang ada cuma T1, T2 dan seterusnya. Bagaimanapun hasil carian saya mendapati ada banyak juga sifir gaji SBPA (jangkaan) yang dikeluarkan di beberapa blog. Tidak pasti sama ada itu tetap ataupun tidak kerana kami juga difahamkan pihak JPA juga masih dalam proses penyemakan dan penambahbaikan SBPA. Tunggulah kemaskini akan datang.

Pekeliling SBPA
Rujuk PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 11 TAHUN 2011 (Umum) dan PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 13 TAHUN 2011 (Perkhidmatan Pendidikan). Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk melaksanakan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bagi semua pegawai lantikan tetap Perkhidmatan Awam Persekutuan dan pegawai tetap skim perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang melibatkan struktur perkhidmatan yang merangkumi skim perkhidmatan, syarat perkhidmatan, gaji, elaun, kemudahan, dan persaraan serta faedah persaraan.

Maklumat Lanjut
Selain portal/laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), maklumat lanjut berkenaan Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) juga turut ditempatkan di portal/laman web rasmi MAMPU dan semua kementerian mengikut pautan yang disenaraikan di bawah. Semua penjawat awam adalah dinasihatkan untuk mengutamakan capaian terus ke portal/laman web kementerian masing-masing bagi memastikan proses hebahan Pekeliling SBPA ini berjalan dengan lebih lancar dan berkesan.

Senarai Laman/Portal Jabatan dan Kementerian untuk rujukan SBPA
1 Jabatan Perkhidmatan Awam
2 MAMPU
3 Pejabat Perdana Menteri
4 Kementerian Kewangan
5 Kementerian Pengangkutan
6 Kementerian Kerja Raya
7 Kementerian Perdagangan Antarabangsa & Industri
8 Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan
9 Kementerian Penerangan, Komunikasi & Kebudayaan
10 Kementerian Sumber Manusia
11 Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
12 Kementerian Pertahanan
13 Kementerian Luar Negeri
14 Kementerian Belia Dan Sukan
15 Kementerian Kesihatan Malaysia
16 Kementerian Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar
17 Kementerian Dalam Negeri
18 Kementerian Perusahaan Perladangan & Komoditi
19 Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air
20 Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani [2]
21 Kementerian Pelajaran Malaysia
22 Kementerian Pengajian Tinggi
23 Kementerian Pelancongan
24 Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi
25 Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah
26 Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar
27 Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat
28 Pejabat Perdana Menteri                                   



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...