Tuesday, November 26, 2013

Cuti Sekolah Pun Bermula

Sudah seminggu cuti sekolah. Maka ada yang gembira balik ke kampung dengan membawa slogan "Cuti-cuti Malaysia". Tidak kurang juga ibu bapa yang bekerja sibuk mengerah otak memikirkan ke mana hala tuju anak-anak semasa cuti sekolah ini. Ke kem motivasi, kem 'Smart Solat', kelas renang dan sebagainya. Itulah hakikat semasa cuti sekolah ini. Namun, jangan dilupa satu aktiviti yang memberi banyak faedah iaitu membaca buku. Bacalah buku supaya otak tidak beku apabila bermula musim persekolahan yang baru nanti. Nasihat ini tidak ditujukan kepada pelajar-pelajar sahaja, juga ditujukan kepada diri sendiri dan guru-guru. Akhir kata, berhati-hatilah semasa musim cuti ini. p/s: Tidak menulis @ menggunakan otak juga menyebabkan otak menjadi malas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...