Sunday, December 1, 2013

1. Pengenalan Kepada Frog

Setelah berjaya login ke akaun frog, maka langkah pertama adalah memulakan sesi penjelajahan ke seluruh fungsi yang disediakan. Bagi yang lupa nak login boleh ke sini. Untuk posting kali ini, adalah berkaitan dengan fungsi yang ada dengan sedikit penerangan ringkas. Perlu diingat tutorial ini dibuat berdasarkan pengalaman untuk memudahkan pengguna untuk menggunakan frog. User guide yang serba lengkap juga telah disediakan oleh pihak Frog.

Setelah login maka ada dua paparan antara muka (user interface) yang perlu diketahui iaitu Dashboard Pengguna dan Dashboard Sekolah. Dashboard boleh juga dieertikan sebagai laman utama (untuk memudahkan pemahaman).
Dashboard Pengguna
Dashboard Pengguna hanyalah boleh dilihat oleh pengguna tersebut sahaja. Dengan kata lain, inilah tempat peribadi menguruskan segala macam perkara. Untuk ke dashboard sekolah klik pada ikon seperti dalam bulatan merah dalam gambar di bawah.

Dashboard Sekolah

Dashboard sekolah boleh dilihat oleh semua pengguna guru dan pelajar. Di paparan ini segala info berkaitan sekolah dimuatnaik oleh admin sekolah dan guru lain yang ditugaskan. 

Seterusnya pengenalan kepada ikon yang ada dalam frog

Bahagian atas paparan dalam dashboard
Dari kiri ke kanan ikon dalam bulatan adalah yang biasa digunakan iaitu ikon Frog, pertukaran antara dashboard pengguna dan sekolah, Home, Quick Launch, Resource Manager, Tray dan Notifications. Maka sebagai permulaan bolehlah diklik satu persatu untuk mengetahui dengan lebih lanjut apa yang ada di dalamnya. 

Akan bersambung ke topik kedua.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...