Thursday, December 5, 2013

6. Kegunaan 'Learn Centre'

Assalamualaikum wbt...
Setelah lima tutorial super ringkas sebagai rujukan awal pengguna (guru, pelajar & ibu bapa), maka sudah tiba masa untuk ke peringkat lebih tinggi. Untuk merujuk kembali tutorial yang lalu boleh klik pada tag vle-frog. Pembelajaran Frog VLE akan diteruskan dengan lebih mendalam lagi melalui Learn Centre yang disediakan oleh pihak FrogAsia.


Learn Centre boleh diakses melalui dua cara mudah iaitu:

  1. Setelah login akaun Frog, klik pada Quick Launch > Learn Centre.
  2. Buka web browser taipkan http://frogasia.com/learncentre/

Nak lagi senang, klik je kat link di atas setelah membaca posting ini. Dalam Learn Centre, terdapat empat menu utama pengguna iaitu Teacher, Student, Parent dan Frog Admin. Posting kali ini akan menerangkan secara ringkas tiga pengguna yang utama iaitu Teacher, Students dan Parent. Frog Admin tu biar depa sendiri belajar.

I'm a teacher
Menu yang pertama adalah I'm a Teacher yang mana kesemua fungsi seperti gambar di atas terdapat pada pada akaun Frog guru. Para guru bolehlah melihat, memahami dan mencuba sendiri supaya lebih mahir menggunakan kesemua fungsi tersebut. Jika dirasakan terlalu banyak, maka boleh mulakan dengan yang akan selalu digunakan seperti Widgets, Sites dan Assignments

I'm a student
Seterusnya adalah menu untuk pelajar yang mana ia agak terhad berbanding guru. Jika sebelum ini guru tidak pasti apa yang terdapat dalam akaun Frog pelajar maka di sinilah penyelesaiannya. Guru boleh memahirkan diri dan dengan senang boleh menjawab pertanyaan pelajar jika ditanya berkenaan Frog kerana sudah mahir beberapa fungsi di dalam akaun Frog pelajar.

I'm a parent
Yang terakhir adalah menu untuk ibu bapa. Buat masa ini penglibatan ibu bapa masih lagi terhad oleh kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

Saya menyarankan kepada semua yang beginner termasuk diri saya supaya mempelajari sedikit demi sedikit agar dapat memahami segala fungsi yang ada. Apabila tiba masanya, segalanya akan menjadi mudah.
Sekian.

Sumber:
http://frogasia.com/learncentre/

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...