Wednesday, December 4, 2013

5. Widgets

Assalamualaikum wbt...
Berikut beberapa widgets yang sentiasa digunakan semasa memasukkan kandungan ke dalam sesebuah site terutama bagi guru yang ingin memasukkan nota atau latihan kepada pelajar-pelajarnya. Tutorial ini adalah sambungan dari tutorial sebelum ini dan berkait rapat dengan tajuk 3. Fungsi Edit. Untuk memilih widgets klik pada Edit > Widgets. Berikut adalah 25 widgets yang disediakan setakat ini.





Widgets yang selalu digunakan beserta penerangan super ringkas seperti berikut:

  1. Text: Untuk memasukkan tulisan dan mempunyai fungsi ubahsuai dan formatting.
  2. Media: Untuk memasukkan gambar dan video.
  3. Site Link: Untuk menghubungkan site yang telah dibuat ke satu tempat yang senang dicapai.
  4. Calendar: Ada tajuk khusus untuk membina calendar.
  5. Forum: Menubuhkan sebuah forum untuk perbincangan kelas, persatuan dan sebagainya.
  6. App Link: Untuk menghubungkan aplikasi seperti Frogstore, Assignment, Bookshelf dan lain-lain.
  7. Notice Board: Untuk menulis notis sebagai peringatan.
  8. School Notices: Untuk mengemaskini dan memberi info kepada pelajar berkenaan notis sekolah.
  9. Time: Supaya site yang dibina memaparkan masa.

Sebagai permulaan, bolehlah dicuba beberapa widgets di atas sehingga mahir. Dan boleh beralih kepada widgets yang lain. Walau bagaimanapun, bukan bermaksud widgets lain tidak boleh digunakan langsung di peringkat permulaan, cuma pada pandangan saya widgets di atas lebih kerap digunakan berbanding dengan yang lain-lain.

Sebarang persoalan boleh dilontarkan di ruangan komen di bawah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...