Wednesday, April 23, 2014

Fenomena Aurora

Assalamualaikum wbt...

Aurora Borealis as seen from 11,000m (36,000 feet) above Canada. Photo #12 by Yevgeny Pashnin
Fenomena ini sudah lama bermain dalam fikiran cuma belum diberi ilham untuk menulis tentangnya sehinggalah aku menonton siri "Dengan Basikal Aku Menjelajah" oleh TV Alhijrah. Dalam siri tersebut, Saudara Zahariz telah merakam fenomena alam yang begitu hebat dan mengagumkan ini. Jika fenomena ini sudah hebat tentulah Penciptanya jauh lebih hebat.


Kita tidak begitu biasa dengan fenomena ini kerana ianya tidak berlaku di negara kita sebaliknya berlaku di kawasan Artik dan Antartik. Dengan bahasa lain kutub utara dan kutub selatan. Fenomena Aurora ini dibahagikan kepada dua iaitu Aurora Borealis di utara dan Aurora Australis di selatan. 

An aurora is a natural light display in the sky particularly in the high latitude regions, caused by the collision of energetic charged particles with atoms in the high altitude atmosphere. - Wikipedia
Aku nak terjemah ke bahasa Malaysia nanti lain pula maksudnya. Begitulah lebih kurang bagaimana ianya terjadi. Aurora boleh muncul dalam pelbagai warna seperti hijau pucat, merah jambu, merah, kuning, biru dan ungu. Manakala bentuknya pula dalam pelbagai keadaan seperti alunan awan yang bertaburan sehingga membentuk lengkok, alunan dengan cahaya yang begitu mengagumkan.

Mari nikmati beberapa gambar keindahan ciptaan Sang Pencipta sambil memuji kebesaranNya.





Mari pula lihat video berkenaan aurora.

Youtube: Credit to TESOPHOTOGRAPHY's Channel



Sumber:
Semua gambar dimuat turun dari sumber internet.
http://www.northernlightscentre.ca/northernlights.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Aurora

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...