Sambungan daripada topik sebelum ini iaitu Panduan Membina Site. Kalendar sangat penting kerana setiap pengguna boleh membina kalendar sendiri mengikut jadual masing-masing. Berikut beberapa contoh kalendar yang boleh dibina oleh pengguna yang mana boleh disesuaikan dengan tugasan atau unit masing-masing:
- Kalendar Peribadi
- Kalendar Takwim Sekolah
- Kalendar Akademik Oleh Unit Akademik
- Kalendar Aktiviti Kokurikulum oleh Unit Kokurikulum
- Kalendar Aktiviti Kelab/Persatuan/Kelab/Rumah Sukan
- Dan lain-lain.
![]() |
Kalendar |
Bagi pengguna baru, apa yang perlu ditekankan sebagai permulaan adalah membiasakan diri dengan fungsi yang terdapat dalam paparan kalendar. Paparan kalendar boleh didapati melalui Frog Bar > Quick Launch > Calendar.
Paparan kalendar akan keluar. Terdapat 2 butang penting yang selalu akan digunakan iaitu New dan Add seperti dalam bulatan merah gambar di atas. Penjelasan ringkas seperti berikut:
- Add: Untuk menambah kalendar yang sedia ada. Contohnya pengguna ingin membuat Kalendar Peribadi, Kalendar Aktiviti Persatuan dan Kalendar Program Sekolah.
- New: Untuk menetapkan tarikh sesuatu aktiviti/program/mesyuarat dan sebagainya di dalam sesuatu kalendar. Sebagai contoh, pengguna ingin memasukkan tarikh aktiviti kokurikulum ke dalam kalendar.
1. Add
![]() |
Add |
- Pada paparan kalendar, klik Add lalu paparan seperti berikut akan keluar.
- Isi di ruangan yang diperlukan iaitu Calendar Name, Calendar Description dan set pada Calendar Availability.
- Kemudian klik Create Calendar. Satu kalendar baru telah siap.
2. New
Jika tarikh program/aktiviti lebih dari satu hari:
4. Kemudian setkan samada Every day, Every week atau lain-lain mengikut kesesuaian program/aktiviti. Contoh di atas adalah Every day. Klik Ok.
![]() |
New |
- Seterusnya untuk memasukkan apa-apa tarikh aktiviti, pengguna perlu menggunakan butang New atau double click pada mana-mana kotak dalam ruangan tarikh.
- Paparan seperti di atas akan keluar. Isi pada ruangan New event, Location, Starts, Ends dan Note.
- Jika aktiviti satu hari, tick sahaja pada ruangan All day.
- Kemudian setkan pada ruangan Calendar untuk memilih mana-mana kalendar yang sepatutnya jika kalendar lebih dari satu. (Contoh di atas adalah Calendar: Peribadi)
- Invitations untuk invite mana-mana pengguna lain untuk ke event tersebut. (sebagai contoh panggilan mesyuarat)
- Klik Create Event.
1. Langkah 1, 2, 4, 5 & 6 sama seperti di atas.
2. Starts dan Ends adalah pada hari yang sama. Untuk menetapkan tarikh dan masa selesai bagi sesuatu aktiviti/program perlu guna fungsi Repeats.
3. Klik pada No recurrence. (rujuk gambar di atas)
4. Kemudian setkan samada Every day, Every week atau lain-lain mengikut kesesuaian program/aktiviti. Contoh di atas adalah Every day. Klik Ok.
5. Satu ruangan baru akan keluar untuk menetapkan tarikh selesai atau End repeat. Setkan tarikh selesai mengikut program/aktiviti yang dirancang.
6. Jangan lupa klik Create Event.
Bagi pengguna baru perlu dicuba beberapa kali sebelum betul-betul faham. Selamat mencuba. Jika ada sebarang persoalan lontarkan pada ruangan komen di bawah.
Terima kasih.
No comments:
Post a Comment