Showing posts with label PBS. Show all posts
Showing posts with label PBS. Show all posts

Wednesday, November 19, 2014

Cara 'Print' Borang Perekodan 'Offline'

Assalamualaikum wbt dan hai...

Sebelum ini saya ditanya oleh beberapa orang kawan tentang setting untuk print borang perekodan offline dalam satu muka surat. Masalah yang timbul ialah apabila Print Preview tidak semua maklumat yang diperlukan dapat print. Masalah ini dapat diatasi dengan memahami Page Break Preview.

Setelah melakukan sedikit carian saya mendapati langkah-langkah berikut boleh dilakukan untuk tujuan tersebut. Adapun di sana mungkin ada langkah-langkah lain yang tidak saya ketahui. 

1. Buka file excel Modul Offline. Klik pada tab yang diingini contoh Borang Perekodan Offline.
2. Klik View --> Page Break Preview.



3. Skrin akan bertukar warna dan akan nampak pemisah antara paparan putih dan kelabu dengan garisan biru.

Wednesday, May 30, 2012

Sukatan Pelajaran Sains

Versi Bahasa Melayu
HSP Sains T1

PBS

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)

Konsep PBS
PBS merupakan pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi & rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). PBS mentaksir bidang akademik dan bukan akademik.

Bidang Akademik
Terdapat dua komponen pentaksiran dalam bidang ini iaitu Pentaksiran Pusat (PP) dan Pentaksiran Sekolah (PS). PP dirancang, dibina & dilapor oleh Lembaga Peperiksaan tetapi ditadbir, diperiksa dan direkod oleh sekolah. PS pula dirancang, dibina, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru di sekolah yang melibatkan murid, ibu bapa dan organisasi luar. PS dilaksana dalam bentuk pentaksiran formatif dan sumatif.

Bidang Bukan Akademik
Terdapat dua komponen pentaksiran dalam bidang ini iaitu Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi). PAJSK dijalankan untuk mendapatkan maklumat tentang kapasiti dan potensi jasmani, sukan, kokurikulum yang dikawal dan kokurikulum. PPsi dilaksanakan di sekolah dan/atau pusat untuk mengukur kebolehan semula jadi, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...