Showing posts with label almanak. Show all posts
Showing posts with label almanak. Show all posts

Wednesday, January 7, 2015

Almanak Astronomi 2015 - Januari 1

1 - 15 Januari 2015


2 Jan Sekitar Isya’ Bintang Aldebaran hampir dengan Bulan





2 Jan Tengah malam ke Subuh Komet C/2014 Q2 Lovejoy berada hampir dengan bintang Rigel (buruj Orion) . PETA1

3 Jan Tengah malam ke Subuh Ekor Komet C/2014 Q2 Lovejoy menghala ke arah Witch Head Nebula! PETA1


4 Jan 4 PM – Bumi di perihelion (paling hampir dengan Matahari)

Almanak Astronomi 2015 - Pengenalan

Assalam...


Jutaan terima kasih kepada pemilik laman web falakonline kerana membenarkan almanak astronomi 2015 disebarluaskan untuk panduan kepada penduduk di Malaysia. Sesungguhnya setiap usaha beliau dan pasukannya kita hargai dengan menggunakan dan memerhati apa yang berada di atas sana. Saya di dalam blog ini akan memecahkan setiap fenomena dengan berpandukan dari ruangan ini kepada juzuk-juzuk kecil. 


Dengan kata lain, setiap bulan saya akan cuba pecahkan kepada dua bahagian iaitu 1 - 15 haribulan dan 16 - 31 haribulan. Mudah-mudahan dengan pengecilan ini, kita akan lebih fokus kepada setiap apa yang berlaku yang diciptakan olehNya untuk manusia memerhati. Saya juga akan cuba untuk memasukkan gambar-gambar berkaitan dengan fenomena dan mendapatkan sumber yang paling sahih.

Sepatutnya penulisan ini bermula 1 haribulan Januari namun kerana sedikit masalah maka saya bermula agak lambat iaitu setelah 1 minggu Januari berlalu. Kita sama-sama doakan semoga diberi lebih kefahaman untuk memerhati kejadian alam ciptaanNya.

Terima kasih.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...