Showing posts with label ulum al-hadith. Show all posts
Showing posts with label ulum al-hadith. Show all posts

Wednesday, August 25, 2010

Memberi Manfaat Kepada Masyarakat Dengan Bercucuk Tanam


عن أنس قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ما من مسلم يغرس غرسا إلا كان ما أكل منه له صدقة. وما سرق له منه صدقة. وما أكل السبع منه فهو له صدقة. وما أكلت الطير فهو له صدقة. 

Daripada Anas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tidak ada seorang muslim pun yang menanam pokok atau mengusahakan pertanian lalu burung, manusia atau binatang memakan daripadanya kecuali akan menjadi sedekah untuknya". (hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim) 

Hadis ini menjelaskan kepentingan bekerja sebagai petani sebagai satu aktiviti ekonomi. Rasulullah s.a.w. menyebutkan ganjaran pahala yang akan diperolehi apabila orang lain atau makhluk-makhluk lain mendapatkan manfaat daripadanya. Dua faedah yang diperolehinya, pertama dia dapat menikmati hasil tanaman dan kedua pahala di akhirat. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...