Wednesday, March 31, 2010

Topik 3: Membentuk Kalimat Sempurna

بسم الله الرحمن الرحيم

Pada topik 2, kita telah menjelaskan apa bezanya kitaabun (buku) dengan al-kitaabu (buku), iaitu perbezaannya terletak pada telah jelas atau belum jelasnya benda yang dibicarakan oleh si pendengar. Di sini ada satu persoalan iaitu adakah yang akhirannya 'tun tun' itu pasti jenis perempuan? Kita akan bincangkan… Jawapannya ‘Ya’ jika posisinya sebagai mubtada’ atau fail. Mubtada’ dan fa’il akan dibahaskan pada topik-topik akan datang. 

Contoh: شجرة syajaratun (pohon), kata ini berjenis perempuan. Maka kita boleh katakan ianya berjenis perempuan kerana akhirannya tun. Contoh lain seperti syajaratun, bintun (gadis perempuan) dsb. Tapi bagaimana kalau ditulis شجرة syajaratin, atau syajaratan?

Perkatan شجرة sekiranya diletakkan baris akan dibaca, syajaratun, syajaratan, syajaratin, syajaratu, syajarata, dan syajarati. Kalau dalam bahasa percakapan pula ta marbutoh nya dimatikan/ diwaqofkan (menjadi bunyi h), sehingga diucapkan menjadi syajarah. Bererti ada 7 kemungkinan bacaan di mana yang berakhiran tun merupakan salah satunya. Maka yang manakah yang berjenis perempuan? 

Jawapannya ketujuh-tujuh jenis bacaan itu, tidak mempengaruhi status شجرة sebagai kata benda berjenis perempuan samada ianya dibaca syajaratun, syajaratu, syajaratan, syajarata, syajaratin, syajarati waima syajarah. Apa bezanya antara syajaratun dengan syajaratu? Secara ringkasnya, jika ada AL (الــ) misal الشجرة maka huruf n dibuang. Jadi الشجرة hanya boleh dibaca as-syajaratu, as-syajarata, as-syajarati, atau as-syajarah. Begitulah hukum atau aturan-aturan dalam bahasa Arab, yang hanya orang Arablah yang berhak membuat aturan-aturan itu.

Pertanyaan kedua: kalau begitu, apa bezanya antara antara as-syajaratu dengan as-syajarata? Secara ringkas adalah dengan melihat kepada kedudukan kata tersebut. Adakah ia sebagai subjek atau sebagai objek. Jika ia sebagai subjek, maka dia dibaca as-syajaratu, jika sebagai objek maka dibaca as-syajarata.
Contohnya:
Pohon ini besar. هذه الشجرة كبيرة (hadzihi as-syajaratu kabiiratun)
Saya (telah) melihat (sebuah) pohon. رأيت الشجرة (ro-ai-tu as-syajarata)

Pohon dalam kalimat pertama berfungsi sebagai subjek, maka dia dibaca as-syajaratu, sedangkan Pohon dalam kalimat kedua berfungsi sebagai objek maka dia dibaca as-syajarata. Setakat ini dahulu untuk topik ini. Sebarang cadangan penambahbaikan amatlah dialu-alukan dan dilontarkan melalui ruangan komentar.

Syukron katsir.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...