Monday, April 12, 2010

Syukur @ Kufur?

بسم الله الرحمن الرحيم
Alhamdulillah. Hari ini adalah kali kedua aku di'observe' oleh pensyarah penyelia, Dr Norhayati Daud. Kali pertama adalah pada awal bulan Mac yang lalu. Komen dan cadangan daripada pensyarah penyelia pada kali pertama pencerapan digunakan untuk memperbaiki diri sebagai seorang bakal guru. Terima kasih juga diucapkan kepada Kak Liza (Pn Hjh Nuraliza) dan Kak Aini (Cik Nurul Aini) kerana banyak membantu terutama dari segi idea dan kaedah mengawal kelas. Juga tidak lupa kepada 'orang perseorangan'. Semoga kalian sentiasa di bawah rahmatNya.

Aku sangat-sangat bersyukur kerana telah dipermudahkan segala urusan oleh Yang Maha Menentukan. Seperti manusia biasa, sebelum masuk pasti akan ada sedikit perasaan gementar. Namun, beberapa ayat suci dibaca dan dengan langkah  umpama pendekar mahu membunuh lawannya, alhamdulillah semua dapat diharungi dengan baik.


Apa yang pasti, sebaik mana kita buat pun, semestinya akan ada lagi ruang untuk diperbaiki kerana sebagai manusia biasa, kita bukanlah sempurna dari semua aspek. Dan disebabkan ruang2 itu, kita boleh menjadi yang terbaik. Tidak salah menjadi yang terbaik asalkan kena dengan caranya. Ramai orang kadang-kadang lupa yang dirinya bukan sempurna. Apabila ditegur, ada saja alasan yang mengatakan dirinya sudah buat yang terbaik tanpa melihat dari aspek mana dia ditegur. 

Ada juga orang asyik melihat kelebihan orang lain tanpa melihat kelebihannya sendiri. Lalu, timbul satu perasaan ingin merasai apa yang dilihatnya tanpa mensyukuri apa yang ada pada dirinya. Sedangkan mungkin apa yang ada pada dirinya itu lebih baik dari apa yang dilihatnya. Namun, apabila semua telah tiada barulah mula menghargai apa yang pernah ada pada dirinya. 

Walaupun begitu, jika melihat kelebihan orang sebagai contoh  untuk meningkatkan diri tidak pula menjadi kesalahan. Contohnya, tengok orang belajar lalu timbul keinginan untuk belajar lebih rajin lagi. Contoh lain, seseorang itu berasa cemburu apabila melihat orang kaya boleh menderma lalu timbul keinginan untuk berusaha mencari harta untuk menderma juga. 

Perkongsian2 sebegini aku kira amat perlu kepada semua. Bukanlah bermakna aku sudah sempurna namun jika tidak dikongsi, dirasakan tidak lengkap. Jika kita ingin menerima, kita dahulu perlu memberi.  Aku ingin orang menasihati aku, justeru aku juga perlu menasihati sekadar kemampuan. Ingatlah Allah itu Maha Adil. Memberi tidak semestinya dalam bentuk harta. Jika ingin orang menghormati kita, kita dulu perlu menghormati orang dan sebagainya.

Sebagai penutup, teringat satu ayat dalam surah Luqman:
"Dan sesungguhnya, telah Kami berikan hikmah kepada Luqman, iaitu, "Bersyukurlah kepada Allah! Dan barangsiapa bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa tidak bersyukur (kufur), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya , Maha Terpuji." [31:12]

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...