Monday, April 19, 2010

Topik 8: Mengimani, Mendirikan, Merezekikan & Menginfakkan

بسم الله الرحمن الرحيم

Topik kali ini insya Allah kita akan membahaskan mengenai fi’il (kata kerja). Dalam bahasa Arab kata kerja dibahagikan kepada 2 jenis, iaitu Kata Kerja Sempurna -- Perfect Tense (atau telah lepas – Past Tense) dan Kata Kerja Belum Sempurnya -- Imperfect Tense (atau sedang dilakukan atau akan dilakukan – Present Tense/Future Tense). Bagi yang sudah biasa berbahasa Inggeris, kenyataan ini mungkin memelikkan. Bahasa Arab ternyata lebih sederhana.

Kata Kerja Sempurna dan Belum Sempurna. Jika dalam bahasa Melayu kita biasa berkata begini: "Muhammad membaca buku". Maka apakah yang terbayang dalam fikiran kita? Sudah tentu kita membayangkan bahawa ada orang yang bernama Muhammad membaca buku? Kalau ditanya, "Bila?", "Bila dia membaca buku?". "Apakah sekarang dia sudah selesai membaca buku?". Di sini kita tidak mengetahui waktunya. Itulah kekurangan bahasa kita. Tidak ada indikasi bila sesuatu pekerjaan dilakukan. Adakah ia dilakukan semalam, hari ini atau esok.


Bagaimana pula dalam bahasa Arab? Dalam bahasa Arab maka suatu perkerjaan dibezakan dalam 2 bentuk waktu saja, iaitu telah dilakukan (telah selesai dilakukan atau telah berlalu) atau belum selesai dilakukan (sedang dilakukan atau akan dilakukan).

Contohnya seperti ini:

محمد يَقْرَأُ الكِتَاب Muhammadun yaqra-u al-kitaaba (Muhammad sedang membaca buku)

محمد قَرَأَ الكِتَابَ Muhammadun qara-a al-kitaaba (Muhammad telah membaca buku)

Daripada dua kalimat di atas, terdapat 2 isim (kata-benda) iaitu محمد dan الكِتَابُ. Imbas kembali topik yang lalu mengenai kata benda spesifik (ma’rifah) dan belum spesifik (nakiroh). Kata buku (كِتَابٌ – kitaab) maka kerana adanya ( al- الــ ) maka dia menjadi spesifik (ertinya orang yang mendengar kalimat itu dianggap sudah mengetahui buku mana yang dimaksudkan). Jika ingin tahu lebih lanjut masalah ini lihat topik-topik yang lalu.

Isim yang kedua adalah محمد Muhammadun (atau kalau dalam bahasa lisan – Muhammad). Kerana ini nama orang, bukan nama jenis, maka ini termasuk spesifik. Ertinya pendengar (orang yang mendengar kalimat ini diucapkan), dianggap telah tahu Muhammad mana yang dimaksudkan (apakah Muhammad Rafli, Muhammad Naim, dll).

Kata yang ketiga yang kita temui dalam kalimat di atas adalah kata kerja iaitu membaca. Ada 2 format yang kita temui iaitu: يَقْرَأُ -- ya'ra-u (dia sedang membaca) dan قَرَأَ -- qa-ra-a (dia telah membaca).

Pada topik kali ini kita telah mempelajari dua jenis kata kerja iaitu: Kata Kerja Sedang dan Kata Kerja Lampau (lihat contoh diatas). Bagaimana kita dapat membezakan bahawa suatu kata itu bersifat sedang (fi’il mudhori’) atau bersifat lampau (fi’il madhy)? Lihat contoh di atas baik-baik. Terdapat perbezaan antara bentuk sedang dan lampau iaitu adakah ada tambahan kata di depannya.

Contohnya kata membaca قَرَأَ – qa-ra-a adalah asal kata dari membaca. Dalam bahasa Arab, sesuatu kata itu mempunyai asalnya (atau akarnya). Misal kata مُسْلِمٌ muslimun (1 orang lelaki muslim) maka asal katanya أَسْلَمَ dan akar kata dari aslama adalah سَلَمَ – sa-la-ma. Sebagai maklumat awal (Insya Allah akan dibahas lebih lanjut), akar kata "asli" bahasa Arab, biasanya terdiri dari 3 huruf. Akar kata ini menjadi indeks awal di kamus. Sekiranya ingin mencari kata muslim مُسْلِم jangan dicari di huruf م , tapi carilah di huruf س. Namun, sudah ada sesetengah kamus kita dapat mencari terus maknanya tanpa perlu diketahui kata asalnya.

Seterusnya, dalam bahasa Arab, akar kata itu berbentuk Kata Kerja Lampau (fi’il madhy). Jadi asal kata membaca itu قَرَأَ – qa-ra-a kalau dalam kamus perlu dicari di huruf ق. Maka jika bertemu kata يَقْرَأُ – yaq’ra’u (yang ertinya juga membaca), tidak perlu cari dalam kamus pada huruf ي .

Kesimpulannya adalah: Jika ingin menjadikan suatu kata kerja menjadi bentuk sedang maka tambahkan ي atau يـــ (ya) di depan kata kerja bentuk lampau (kata kerja telah). Sebagai latihan kita sambung surah Al-Baqorah ayat 3:


Perhatikan ada 4 kata kerja di atas, 3 merupakan bentuk sedang dan 1 bentuk lampau. Bentuk sedang adalah:
يؤمنون – yu’ minuu-na (lihat ada tambahan يــ di awal kata) – mereka sedang beriman,
يقيمون – yu qii-muu-na (lihat ada tambahan يــ di awal kata) – mereka sedang mendirikan (sholat),
ينفقون – yun fi-quun (lihat ada tambahan يــ di awal kata) – mereka sedang berinfaq. 

Manakala bentuk lampau pula رزقناهم -- asalnya adalah رزق – ro-za-qo (ertinya rezekikan) lalu mendapat akhiran نا (ertinya kami telah) dan هم (ertinya kepada mereka). Jadi Razaqnaahum ertinya (yang Kami telah rezekikan kepada mereka). Mengenai akhiran ini akan kita bahaskan pada topik berikut. 

Rasa Bahasa / Makna Sedang

Jika kita baca "sedang beriman", "sedang mendirikan (sholat)", "sedang berinfaq" seperti kurang sesuai dengan bahasa kita. Maka kembali ke hukum dasar iaitu Kata Kerja Bentuk Sedang dalam bahasa Arab juga dapat diterjemahkan kebiasaan (atau pekerjaan yang rutin dilakukan). Maka kalimat di atas dapat diterjemahkan: Mereka terus beriman dan mereka selalu mendirikan (sholat), dan mereka rajin berinfaq.

Demikian dulu topik ini kita akhiri. Insya Allah, pembahasan yang lebih dalam akan kita lanjutkan nanti.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...