Sunday, April 4, 2010

Topik 5: Huruf Jar

بسم الله الرحمن الرحيم

Topik kali ini akan membahas mengenai Huruf Jar. Kebiasaannya kita akan menyebut kata depan seperti contoh berikut:
Saya di rumah انا في البيت ana fii al-bayti
Kata: di (atau di dalam) dalam bahasa Arab adalah في fii, inilah yang disebut huruf Jar.

Kembali ke surah Al-Baqaroh: 1-2
Kitab itu, tidak ada keraguan di dalamnya, petunjuk bagi orang muttaqien.

Ada 2 huruf jar kita temui iaitu: لا ريب فيه (laa raiba fii hi) iaitu pada kata فيـ (fii) yang ertinya di atau di dalam dan هدى للمتقين (hudan lil-muttaqien) iaitu pada kata ل (li) yang ertinya bagi. Kata للمتقين ini jika kita pecahkan terdiri dari 2 kata iaitu ل (li) dan المتقين (al-muttaqien).

Huruf Jar yang selalu dijumpai
Sudah dinyatakan di atas iaitu dari, untuk. Contoh lain yang selalu dijumpai adalah: من min = dari; إلى ila = ke; عن 'an = dari; على 'ala = di atas; تحت tahta = di bawah; في fii = di dalam; ل li = untuk/bagi. 

Sebagai latihannya, cuba praktiskan contoh di bawah:
Saya di dalam pasar انا في السوق -- ana fi as-suuqi
Dia dari terminal هو من المحطة -- huwa minal mahaththoti

Sebelum menutup topik ini, ingin dinyatakan 2 perkara:
1) Misalkan yang betul:
laa roiba fiihi hudal lil muttaqien. للمتقين

2) Ada juga yang menyebut begini:
laa roiba fiihi hudal lil muttaquun. للمتقون

Walaupun secara makna, keduanya sama, tetapi secara tatabahasa yang betul adalah yang pertama (muttaqien). Apakah bezanya muslimiin, dengan muslimuun? Perkara ini akan dibahas dalam topik berikut. Topik berikut insya Allah, mengenai hukum yang berkaitan dengan huruf jar.

Wallahu a'lam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...