Monday, December 2, 2013

2. Pengenalan Kepada Frog

Assalamualaikum wbt... 
Masih lagi pengenalan iaitu mengenali dan memahami apa yang ada dalam dashboard pengguna/sendiri. Sebelum itu perlu diingat platform ini umpama sebuah tanah kosong. Pengguna yang perlu membina segala-galanya menggunakan fungsi-fungsi yang disediakan. Setelah login (lupa macam mana nak login boleh tengok sini), maka halaman pertama akan keluar adalah dashboard pengguna.

Maka bermulalah sesi penjelajahan dalam dashboard pengguna. Ikon dalam bulatan merah adalah tajuk perbincangan pada posting ini.

Paparan bahagian atas dashboard pengguna

1. Ikon Frog: Menunya adalah Help, My Preferences, About Us dan Log Out.
2. Simbol Arah Kiri Kanan: Untuk menukarkan halaman dashboard pengguna ke dashboard sekolah dan sebaliknya. 
3. Home: Untuk kembali ke dashboard pengguna.
4. Quick Launch: Pelbagai fungsi yang ada. Akan diperincikan sedikit masa nanti - fungsi tertentu sahaja. Sila rujuk gambar di bawah.
Quick Launch

5. Resource Manager: Segala dokumen yang dimuatnaik ada di sini. Akan diperincikan sedikit masa nanti - fungsi tertentu sahaja. Sila rujuk gambar di bawah.
Resource Manager

6. Application Tray: Untuk kembali ke laman sebelumnya atau menutup laman yang tidak diingini. Klik pada 'X' untuk menutup laman atau pada ikon untuk kembali ke laman yang diingini.
Application Tray

7. Notifications: Untuk memaklumkan kepada pengguna berkenaan apa-apa notis yang ditujukan kepada atau berkaitan pengguna.
Notifications
Demikianlah pengenalan serba ringkas berkaitan fungsi asas dalam dashboard. Seterusnya perbincangan mengenai beberapa fungsi yang penting dalam sambungan akan datang. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...