Tuesday, December 3, 2013

3. Fungsi 'Edit'

Assalamualaikum wbt...
Setelah memahami segala ikon yang terdapat pada personal dashboard atau dashboard pengguna, maka seterusnya adalah memahami dan menguasai segala fungsi yang ada dalam Edit. Menguasai bahagian ini amatlah penting kerana segala proses ubahsuai atau kemaskini dilakukan menerusi bahagian ini. Bukan sahaja membolehkan pengguna mengubahsuai atau mengemaskini personal dashboard malah boleh juga untuk site. Kedudukan Edit berada di sebelah atas kiri.

Kedudukan Edit

Adapun tiga fungsi utama dalam Edit iaitu Layout, Widgets dan Settings

Layout: Pengguna boleh memilih untuk menggunakan pilihan kotak dalam sesebuah site atau dashboard. Pilihan kotak yang diberikan adalah 1, 2, 3 & 4. Klik pada nombor untuk pilihan kotak maka akan terpapar bahagian-bahagian pada site di sebelah kanan. Manakala di bahagian bawah ada disediakan fungsi untuk delete laman yang tidak diingini.
Paparan bagi Layout

Widgets: Banyak widgets disediakan untuk kegunaan pengguna. Saya menyarankan supaya setiap pengguna menjadikan personal dashboard sebagai tempat menguji setiap widgets yang disediakan. Widgets boleh dimasukkan ke site melalui cara drag & drop.
  1. Pilih mana-mana widget yang dikehendaki sebagai contoh Time (gambar di bawah).
  2. Klik pada widget tersebut dan jangan lepaskan.
  3. Tarik ke kotak dalam site sehingga keluar warna biru maka barulah dilepaskan.
  4. Ulangi langkah 2 & 3 untuk mengubah kedudukan widget dalam site.

Cara memasukkan widgets ke laman - drag & drop
Settings: Digunakan untuk memilih Themes yang bersesuaian dengan site yang dibina. Untuk memilih theme, klik pada Theme seperti di dalam bulatan sebelah kiri gambar. Manakala bulatan sebelah kanan adalah widget Time setelah drag & drop.

Paparan bagi Settings
Maka apabila selesai editing process, perlulah klik pada Save Changes untuk save segala kemaskini. Demikianlah secara ringkasnya bagaimana menggunakan segala fungsi yang terdapat pada bahagian Edit.

Justeru, saya sangat-sangat menekankan pembaca perlu rajin menerokai dan menguji satu persatu setiap apa yang terdapat dalam ketiga-tiganya supaya lebih faham dan lebih senang untuk digunakan. Menarik atau tidak sesuatu site bergantung kepada kreativiti dan idea pengguna itu sendiri. Mempelajari, menguji setiap fungsi dan menyediakan site pelajaran yang berkualiti dalam frog ini sangat membutuhkan masa maka eloklah dilakukan sedikit demi sedikit.

Sekian. Akan bersambung.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...