Tuesday, December 3, 2013

4. Panduan Membina 'Site'

Assalamualaikum wbt...
Site adalah suatu laman seakan-akan menyerupai sebuah blog yang mana padanya pengguna boleh melakukan apa-apa sahaja seperti mengubahsuai, upload/download fail, berkomunikasi dengan pengguna lain, menyediakan nota dan tugasan. Walaubagaimanapun, fungsi yang ada pada sesebuah site masih lagi terhad setakat yang disediakan sahaja.

Contoh site PJK

Gambar di atas adalah contoh sebuah site yang dibina oleh guru mata pelajaran PJK untuk membantu pelajar memahami topik yang sedang diajar.

Contoh site Kadet Pertahanan Awam
Manakala gambar di atas pula contoh sebuah site yang dibina oleh guru penasihat/wakil pelajar yang dilantik berkenaan Kadet Pertahanan Awam.

Sesebuah site yang dihasilkan boleh digunakan untuk pelbagai tujuan bergantung kepada kreativiti pengguna samada untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran sesuatu topik di dalam kelas, kelab/persatuan mahupun untuk apa-apa sahaja objektif lain. Beberapa langkah mudah seperti berikut:

1. Setelah login, pada bahagian menu klik pada Quick Launch > Sites > New Site
2. Cara kedua klik pada Resources Manager > Sites > New Site
 
Quick Launch
Resource Manager
3. Klik pada New Site untuk membina site baru.

4. Ikuti beberapa arahan mudah dan klik Next.
Langkah 1

Langkah 2

5. Kebanyakan pengguna lupa untuk membaca tulisan yang digariskan lalu saya gariskan di sini. Tag adalah untuk memudahkan carian di kemudian hari. Klik Create Site
Langkah 3

6. Siaplah sebuah site baru yang kosong, suci dan murni. Bermulalah tugas untuk memasukkan kandungan ke dalam site tersebut. Bagaimana caranya? Dengan menggunakan fungsi Edit seperti yang diterangkan dalam tutorial sebelum ini. Jika lupa boleh klik sini untuk imbas kembali macam mana menggunakan fungsi Edit.
Site baru siap dibina

Jika ada sebarang persoalan bolehlah dilontarkan di bahagian komen di bawah. Sekian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...