Tuesday, December 17, 2013

BAB 7: HABA

Objektif Pembelajaran:
7.1 Memahami haba sebagai suatu bentuk tenaga.
7.2 - Memahami pengaliran haba dan kesannya.
7.3 Menganalisa kesan haba ke atas jirim.
7.4 Mengaplikasi prinsip pengembangan dan pengecutan jirim.
7.5 Memahami bahawa permukaan objek yang gelap dan kusam menyerap dan membebaskan haba dengan lebih baik.
7.6 Menghargai faedah pengaliran haba.


7.1 Memahami Haba Sebagai Suatu Bentuk Tenaga
B4D13E1* - Menjelaskan haba sebagai suatu bentuk tenaga dan Matahari membebaskan haba serta contoh-contoh pelbagai kegunaan haba
B4D13E2 - Menyatakan maksud suhu
B4D13E3 - Menyatakan perbezaan antara haba dan suhu

7.2 - Memahami Pengaliran Haba dan Kesannya
B4D14E1 - Membuktikan haba boleh menyebabkan pengembangan dan pengecutan dalam pepejal, cecair dan gas melalui aktiviti
B4D14E2 - Menghuraikan tiga cara pengaliran haba melalui aktiviti
B4D14E3 - Menjelaskan dengan contoh cara pengaliran haba dalam fenomena semulajadi
B4D14E4* - Menyatakan maksud konduktor dan penebat haba
B4D14E5 - Menyenaraikan pelbagai kegunaan konduktor dan penebat haba dalam kehidupan harian
B5D7E1 - Mengkaji kegunaan bahan berbeza sebagai konduktor dan penebat haba melalui eksperimen


7.3 Menganalisa Kesan Haba Ke atas Jirim
B4D15E1 - Menjelaskan kesan haba terhadap perubahan keadaan jirim secara fizikal
B4D15E2 - Menghuraikan perubahan keadaan jirim yang melibatkan penyerapan dan pembebasan haba melalui aktiviti
B4D15E3 - Memberi contoh-contoh dalam pemerhatian harian yang menunjukkan perubahan keadaan jirim


7.4 Mengaplikasi Prinsip Pengembangan dan Pengecutan Jirim
B6D7E1* - Menghuraikan dalam pelbagai bentukpersembahan bagi beberapa penyelesaian masalah mengenai prinsip pengembangan dan pengecutan jirim dalam kehidupan harian


7.5 Memahami Bahawa Permukaan Objek Yang Gelap dan Kusam Menyerap dan Membebaskan Haba Dengan Lebih Baik
B5D8E1 - Mengkaji objek yang gelap dan kusam menyerap haba lebih baik daripada objek putih dan berkilat melalui eksperimen
B5D8E2 - Mengkaji objek yang gelap dan kusam membebaskan haba lebih baik daripada objek putih dan berkilat melalui eksperimen


7.6 Menghargai faedah pengaliran haba
- Tiada evidens.


* Sama seperti sebelumnya.

Rujukan: HSP BPK 2011

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...