بسم الله الرحمن الرحيم
Pada topik kali ini, kita akan melihat ciri-ciri Kata Kerja Lampau Pasif. Kenapa kita masuk topik ini? Ingat pada topik sebelum ini kita sudah sampai kepada ayat 4 surah Al-Baqaroh. Pada ayat 4 ini InsyaAllah kita akan bertemu Kata Kerja Lampau Pasif tersebut. Ambil satu contohnya, dalam bahasa Melayu kita katakan begini:
Umar telah memukul -- Kata Kerja Lampau Aktif
Umar telah dipukul -- Kata Kerja Lampau Pasif
Begitu juga dalam bahasa Arab:
ضَرَبَ عُمَرُ -- dhoraba 'umaru (Umar telah memukul)
Sebelum lupa, dalam bahasa Arab (atau dalam Al-Qur'an) biasanya lebih umum meletakkan Pelaku di belakang kata kerjanya. Contoh di atas: Umar memukul, ditulis عُمَرُ ضَرَبَ ('umaru dhoraba) manakala Umar telah memukul, ditulis ضَرَبَ عُمَرُ (dhoraba 'umaru). Namun, Umar telah memukul lebih sering digunakan. Kedua-duanya membawa maksud yang sama.
Sekarang untuk membentuk Kata Kerja Pasif, kata ضَرَبَ (dhoraba--telah memukul) akan berubah menjadi ضُرِبَ (dhuriba--telah dipukul). Perhatikan berlakunya perubahan pada harokat Kata Kerja Lampaunya.
INGAT RUMUS INI : AA - UI
AA adalah Kata Kerja Lampau (KKL) aktif
UI adalah Kata Kerja Lampau (KKL) pasif
Ingat:
ضَرَبَ - harokat huruf pertama A (dho), harokat huruf sebelum akhir A (ra) = telah memukul
ضُرِبَ - harokat huruf pertama U (dhu), harokat huruf sebelum akhir I (ri) = telah dipukul
Contoh lain perhatikan surah Al-Baqaroh ayat 4 ini:
Perhatikan di situ ada kata: أُنْزِلَ (unzila-- telah diturunkan). Kata kerja ini terdiri daripada 4 huruf. Untuk mengkajinya silalah guna RUMUS AA --> UI : AKTIF --> PASIF
أُنْزِلَ --> unzila (telah diturunkan)
4 Huruf: (1) Alif, (2) Nun, (3) Zal, (4) Lam
AKTIF AA --> harokat huruf 1 = A (untuk huruf Alif), harokat huruf sebelum akhir iaitu huruf 3 = A (untuk huruf Zal)
PASIF UI --> harokat huruf 1 = U (untuk huruf Alif), harokat huruf sebelum akhir iaitu huruf 3 = I (untuk huruf Zal)
Demikian rumus AA-UI untuk KKL (Kata Kerja Lampau) Pasif. InsyaAllah kita akan sambung lagi.
No comments:
Post a Comment