بسم الله الرحمن الرحيم
Sebelum dilanjutkan perbincangan seterusnya, eloklah diingatkan balik topik 11 lalu. Pada bahagian lalu (topik 11), fokus kita adalah pada fi'il majhul. Apakah fi'il majhul? Kita sudah belajar mengenainya iaitu Kata Kerja Pasif. Biasanya kita belajar teori dahulu diikuti dengan latihannya. Kadang kala kaedah sebegini membosankan. Jadi kali ini diterbalikkan kaedahnya iaitu latihan dahulu barulah dijelaskan teorinya.
Berbalik kepada ayat 4 surah al-Baqarah:
Dan orang-orang yang beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan dan apa yang diturunkan kepada sebelummu, dan kepada hari akhirat mereka yakin.